Friday, August 6, 2010

kUih MuiH TraDisiOnaL ^_^



KARIPAP PUSING


Bahan-bahan :

*Doh berminyak* :

150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum

....................................

*Doh biasa*:

700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )


Cara-cara:


  • Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.

  • Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.

  • Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

  • Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.

  • Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

  • Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

  • Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.

  • Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).

  • Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.

  • Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.

  • Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

kUih MuiH TraDisiOnaL ^_^



KUIH SERI MUKA
Bahan-bahan:

Bahan lapisan bawah:-

500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-

120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

Untuk lapisan bawah:-


  • Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.

  • Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.

  • Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.

  • Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.

  • Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.

  • Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-


  • Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.

  • Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...

  • Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!

  • Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

  • PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!


kUih MuiH TraDisiOnaL ^_^




KUIH LOPES

Bahan-bahan :

3 cawan beras pulut
3 cawan santan
pewarna hijau
kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
garam
1 biji gula Melaka/ 5 sudu besar gula perang (brown sugar)
11/2 cawan air

*** daun pandan jika ada boleh gantikan pewarna hijau dan masukkan ke dlm air gula

Cara-cara :

  • Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama lebih kurang 1/2 jam atau pulut bertukar warna.
  • Toskan pulut tadi.
  • Masukkan santan dan secubit garam.
  • Kemudian masukkan dlm microwave sekurang2nya 15mins (ikut jenis microwave) dan kacau setiap 5 minit untuk pastikan beras dan pulut sebati dan masak.
  • sediakan cling film/plastik dan oleskan sedikti margerin dan letakkan 1/3 bahagian pulut ke atsanya.
  • Gulung pulut tadi dengan padat dan rapi.
  • Sejukkan pulut sbelum dipotong.
  • Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.
  • Untuk air gulanya, masak gula bersama air dan tapiskan sebelum dituang ke atas lopes.